Hmmm... My turn...
Rasanya giliran saya pulak untuk mengisi perut blog ni.. Eh..
Hi semua yg sudi membaca post saya... Eh macam sedih pulak bunyinya... Ok rewind start over..
Hi semua manusia di luar sana dengan senyuman manis dan mata bersinar. Apa khabar? Meh2 dekat sikit dekat sikit sy nk cerita ni.
Hari ni sy nk cerita tentang kek pandan (please insert x jadi noise here).
Dah lama sy mengidam kek pandan. Tapi asyik nnti lah buat.. Atau esk lah buat.. Malas lah hari ni nnti tak jadi pulak macam mana.
Akhirnya setelah lama tangguh-tangguhkan datang lah satu hari di mana saya kata kepada diri sendiri ini lah harinya untuk saya masak kek itu.. YEAH! jeng.. jeng..jeng.. Seharian saya betapa di dapur itu untuk buat kek yg dah lama saya nnti-nntikan..
Buat...buat...buat.. kek x naik.. cream terlebih pukul.. bentuk di x lawa.. Dissapointment :(
Dalam kepala sy membayangkan cake yg gebu dan cantik dh plan nk hias mcm mana.. Last last hampeh.. Nangis in a corner atau di dalam toilet
Ish.. asal lak minah ni cerita panjang jela pasal kek pandan dia pulak.. Tak bukan nk buat cerita sedih cuma ni nk kata sikit.. Kadang2 apa yg kita bayangkan dengan dengan apa yg terjadi berbeza. Apa yg kita bayangkan merupakan the best case scenario dan jauh beza daripada realiti... Ini tidak bermaksud kita patut berhenti berusaha jika benda yg kita terbayang-bayangkan tidak dapat dicapai.. Tidak.. Ia bermaksud kita patut berusaha lagi sehingga bayangan kita sama dengan realiti. Never stop dreaming and believe in yourself. Tapi jangan beranggan lebih2 pulak :}
Terima kasih kerana sudi membaca. Wasalam.
Yang benar,
Penulis post ini.
I am coming for you cake pandan with a vengeance
No comments:
Post a Comment