Saturday, 19 September 2015

Hmmm... My turn...

Rasanya giliran saya pulak untuk mengisi perut blog ni.. Eh..

Hi semua yg sudi membaca post saya... Eh macam sedih pulak bunyinya... Ok rewind start over..

Hi semua manusia di luar sana dengan senyuman manis dan mata bersinar. Apa khabar? Meh2 dekat sikit dekat sikit sy nk cerita ni.

Hari ni sy nk cerita tentang kek pandan (please insert x jadi noise here).

Dah lama sy mengidam kek pandan. Tapi asyik nnti lah buat.. Atau esk lah buat.. Malas lah hari ni nnti tak jadi pulak macam mana.
Akhirnya setelah lama tangguh-tangguhkan datang lah satu hari di mana saya kata kepada diri sendiri ini lah harinya untuk saya masak kek itu.. YEAH! jeng.. jeng..jeng.. Seharian saya betapa di dapur itu untuk buat kek yg dah lama saya nnti-nntikan..
Buat...buat...buat.. kek x naik.. cream terlebih pukul.. bentuk di x lawa.. Dissapointment :(
Dalam kepala sy membayangkan cake yg gebu dan cantik dh plan nk hias mcm mana.. Last last hampeh.. Nangis in a corner atau di dalam toilet

Ish.. asal lak minah ni cerita panjang jela pasal kek pandan dia pulak.. Tak bukan nk buat cerita sedih cuma ni nk kata sikit.. Kadang2 apa yg kita bayangkan dengan dengan apa yg terjadi berbeza. Apa yg kita bayangkan merupakan the best case scenario dan jauh beza daripada realiti...  Ini tidak bermaksud kita patut berhenti berusaha jika benda yg kita terbayang-bayangkan tidak dapat dicapai.. Tidak.. Ia bermaksud kita patut berusaha lagi sehingga  bayangan kita sama dengan realiti. Never stop dreaming and believe in yourself. Tapi jangan beranggan lebih2 pulak :}

Terima kasih kerana sudi membaca. Wasalam.

Yang benar,
Penulis post ini.

I am coming for you cake pandan with a vengeance





Wednesday, 24 July 2013

Chicken tu rasa apa?

Waiter : Hi there.

Guwa : Hi.

Waiter : How are you today?

Guwa : Great, thanks :)

Waiter : So, what brr brrr brrrrr?

Guwa : I'm sorry?

Waiter : So what are you going to have today? :)

Dia tanya camtu sebab dah beberapa kali dah aku pi kedai tu untuk tapau makanan dalam minggu ni. Mungkin dia dapat cam huahua.

Guwa : Haha, err. I don't know, I'm not quite sure. Hmm what is this? (chicken apa tah nama pelik sangat)

Waiter : You could have a taste if you want to :) (sambil tarik pinggan nak cedok)

Guwa : Err, no thanks, I'm fasting today :)

Waiter : Oh I see.

Guwa : So, could you please tell me how does it taste? What does it made up of?

Waiter : Sorry I don't know how to explain it to you. Let me ask the cook to explain it to you.

Cook : Yes? :) Oh this one? It's made up of brr brr seed, bla bla bla.

Guwa : Muka blur.

Cook : Haha, do you know what is brr brr brr seed?

Guwa : Err, nope :P

Cook : Haha, nevermind. This one tastes something like cashew nuts. You can taste them you know :) (sambil amik pinggan)

Waiter : Oh, she's fasting today.

Guwa : Haha, that's fine. What about this one? Chicken bla bla bla.

Cook : Bla bla bla.

Then aku tanya lah jugak lauk itu ini, semangat dia explain. Terasa VIP di situ.

Cook : So do you want something mild, medium or hot?

Guwa : Mild.

Cook : You could have these three dishes, blablabla, brrbrrbrr and butter chicken.

Guwa : Oh I've had butter chicken yesterday, I want something else for today, hehe.

Cook : Ohh okay. Kadai chicken is good as well. 

Guwa : Hmm, okay I'll have that one, that kadai chicken please. (sebab guwa pernah rasa kadai chicken tu sebelum ni, taknak amik risiko ambik lauk yang tak pernah rasa, takut tak sedap)

Cook : Take away? :)

Guwa : Yep take away :)

Waiter : So you had butter chicken yesterday? :)

Guwa : Yep, it was good, I love it :)





Moral of the story : Cakap yang kau puasa, dia akan bubuh nasik banyak daripada biasa, lauk lebih daripada biasa. Hihi. Kalau aku tau, sejak semalam aku habaq aku puasa, boleh dapat butter chicken lebih. 

Boleh buat ratah tengah-tengah malam.

Wednesday, 17 July 2013

Awal Bicara.

Ceyy, tajuk nak over je.

Eh lupa pulek,

Assalamualaikum.

Since takdak sapa yang nak start dulu, so guwa rasa guwa lah homosapien yang bertanggungjawab untuk menyetartkan blog ini. Kesian pulek guwa tengok, nama je blog untuk makanan tapi blog ni pun tak diberi kekenyangan yang sepatutnya seperti menghiasnya dengan gambar Churros, ataupun dihiburkan dengan resepi sehebat Sosej Masak Aurora apa tah yang Nisa banggakan sangat tu, mahupun diselitkan dengan bau rendang ayam segera yang di-post secara pukal. Guwa sendiri pun turut berasa simpati dengan keadaan dhoif blog ni. 

Tetiba guwa rasa introduksi blog ni macam hampeh -_- Maaf ye kawan-kawan, cheq tak gheti nak buat blog. Phuih.

Blog ini diilhamkan secara bahagia dengan penuh keterujaan serta mata berkaca bersinar hexagon oleh Kak Bieeeee kita time kitorang beria mengunyah eskrem dengan bertubi-tubi, wahaha. Okay, tak, tipu je -_- Guwa sendiri tak ingat jam dan minit berapa serta scene apa ketika tu, tapi yang pasti, idea Kak Bie. Confirm.

So...Yeah, we decided to give it a try and perhaps share our extremely dramatic experiences in this blog. Kenapa guwa letak 'extremely dramatic'? Sebab, kitorang kalau tetiap kali travel ke apa ke, tak sah kalau takdak permasalahan atau sinonimnya adalah drama ala-ala tipikal melayu TV3. Ceh bajet Nur Kasih kunuh -_- Dan drama tersebut walaupun perit untuk dirasai apatah lagi dijinjing, tetapi kitorag akan berdekah semula apabila mengingatkannya kembali insiden-insiden tersebut sambil menghirup teh 'O' panas Cap Twinning Earl Grey Tea apa tah.

Like seriously. Lulz.

Lek luu

Oleh yang demikian, saya selaku penyetart blog yang pertama ingin merasmikan entry blog ini, dengan lafaz, "Yeahhh Makan Itu Adalah Nikmat Hidup Utama!" Selain daripada shopping dan jalan-jalan of course. 

Amacam, rare tak lafaz perasmian guwa? wakaka. 
Mohon senyum dengan lawak yang tak lawak itu -_-

Oh by the way, lupa nak mention, entry-entry blog ini akan diberi makan dan dikenyangkan oleh gadis-gadis Malaya ini; 
1. Nabihah, 
2. Nisa, 
3. Asyikin, 
4. Zana dan jugak 
5. Aisha.

So.. Tu je kot untuk entry kali ini. Semoga blog ini sentiasa dicuci dengan makanan yang sodap-sodap dan awesome :)




Cheers.